desiran ombak membasahi kaki ku. langit senja makin malap namun aku masih di sini, menyusuri pantai berpasir putih... sesekali terdengar kuak bunyi sang enggang dan pelican bergemersik di ruang angkasa. terpaling aku melihat ciptaan TUHAN. betapa besarnya alam ciptaanNYA...
indah nian, permai dan tak terkata damainya..
ku lihat anak-anak kecil berlari berkejaran sesama sendiri, terus bermain tanpa peduli panggilan ibu di tepi.. membawa aku mengimbau.. alangkah bahagianya zaman itu..
tak perlu risau, tiada gusar.... tiada dugaan yang betul2 susah.. tiada kesusahan yang melanda..
aku juga pernah seperti mereka... bermain dengan tawa ria, ikhlas dan istimewa bagi diriku..
ku susuri lagi pantai ini.. terpandang pula pasangan dua sejoli duduk merapati.. Nauzubillah.. tatkala senja begini? bukan kah itu bisa mendatangkan erti yang tidak digemari... tidak kah mereka tahu berduanya mereka akan tiba orang ketiga...
aah.. yang ketiga sudah muncul... anak kecil yang merengek2 memanggil mama dan papanya..
ah, cepat benar diri ini membuat konklusi! sudah timbul prasangka yang boleh menaikkan amarah.. cepat2 aku menginsafi diri...
namun.. melihat itu.. entah kenapa bergenang air mata ku.. benar kah aku seorang prejudis? benarkah aku seorang hipokrit memandang enteng kehidupan ku sendiri? benarkah aku alpa mendalami setiap hati yang menyanyangi diri ini.. aku lelah sendiri...
saat bahagia itu.. sudah lama berlalu... aku tiada mengharap pada masa lampau.. mungkin... ia satu pengakhiran kepada setiap kebahagiaan yang pernah dikecapi.. mungkin juga ia satu permulaan kepada duka lama yang senantiasa berdarah... mungkin... mungkin....
kerana tragedi itu, aku di sini.. kerana air mata sayu, aku pergi...
kerana hati ini tak terdaya lagi, aku berlari... berlari jauh... dari bumi bertuah ini....
***end of chapter 1***
~ to be continued ~
0 comments:
Post a Comment